Perkhidmatan

Perkhidmatan Kami

Daripada cucian sofa & tilam hinggalah pembersihan selepas renovasi, kami ada solusi untuk semua keperluan pembersihan anda.

01

Cuci Karpet

Perkhidmatan cucian karpet untuk rumah, masjid, pejabat, hotel dan lain-lain. Karpet dibersihkan secara menyeluruh agar kembali bersih, segar dan selesa digunakan.

02

Cucian Upholsteri & Fabrik

Kami mencuci pelbagai jenis upholsteri seperti sofa, kerusi pejabat, tilam, baby seat, stroller dan lain-lain. Kotoran, habuk dan kesan degil dibersihkan dengan teliti untuk hasil yang lebih bersih, segar dan terjaga.

03

Cucian & Pemulihan Lantai

Perkhidmatan mencuci, memulihkan dan menggilap lantai seperti marble, terrazzo, tile dan lain-lain. Mengembalikan kilauan agar lantai kelihatan bersih, bersinar dan seperti baru dipasang.

04

Cucian Tekanan Air Tinggi

Perkhidmatan cucian menggunakan tekanan air tinggi (high pressure cleaning) untuk pembersihan mendalam pada kawasan luar dan permukaan keras. Berkesan menanggalkan kotoran degil, lumut dan kesan kotoran, menjadikan permukaan kembali bersih dan kemas.

05

Cucian Mendalam

Perkhidmatan pembersihan menyeluruh untuk keadaan seperti selepas ubah suai (post renovation), pindah masuk/keluar (move in/out), rumah lama dan lain-lain. Membersihkan setiap sudut dengan teliti untuk memastikan ruang benar-benar bersih, segar dan sedia digunakan.

06

Penjagaan Rumput & Landskap

Perkhidmatan penjagaan rumput dan landskap untuk memastikan kawasan luar rumah sentiasa kemas, hijau dan terjaga. Kami membantu mencipta suasana laman yang indah, bersih dan mendamaikan untuk keselesaan anda.

07

Membekal & Memasang Karpet & Karpet Rumput Tiruan/Sintetik

Kami menyediakan perkhidmatan membekal dan memasang karpet serta rumput tiruan/sintetik untuk rumah, pejabat atau ruang komersial. Menjadikan lantai atau laman lebih cantik, kemas dan mudah dijaga.

Kenapa Pilih Kami

EmpireCuci komited memberikan perkhidmatan terbaik dengan hasil yang berkualiti. Inilah sebab pelanggan memilih kami berbanding yang lain.

Servis Profesional

Pasukan berpengalaman & mesra pelanggan.

Hasil Berkualiti

Peralatan & teknik moden untuk cucian terbaik.

Pelbagai Servis

Dari cucian karpet hingga deep cleaning rumah & pejabat.

Harga Berpatutan

Nilai terbaik untuk setiap servis.

Perkhidmatan Tamabahan

Kami juga menyediakan perkhidmatan pembersihan permaidani yang menyeluruh, dari pembuangan habuk hingga penghantaran semula. Setiap langkah dilakukan dengan teliti untuk memastikan permaidani anda kembali bersih, segar dan selesa digunakan.

Pembersihan Permaidani

Perkhidmatan pembersihan permaidani menyeluruh untuk rumah, pejabat dan premis komersial. Kami memastikan setiap sudut permaidani anda dibersihkan dengan teliti bagi hasil yang segar dan tahan lama

Pembuangan Habuk

Kami menyingkirkan habuk, debu dan zarah halus yang terperangkap dalam gentian permaidani. Proses ini membantu meningkatkan kualiti udara dalaman dan mengurangkan risiko alahan.

Pembaikan Kerosakan

Perkhidmatan pembaikan untuk permaidani yang koyak, tercalar atau rosak akibat penggunaan harian. Kami memulihkan struktur dan penampilan permaidani agar kelihatan seperti baru semula.

Pelindung Permaidani

Rawatan perlindungan diaplikasikan untuk melindungi permaidani daripada tumpahan, kotoran dan kesan haus. Ini membantu memanjangkan jangka hayat permaidani anda.

Bersihkan Permaidani

Proses pencucian menyeluruh menggunakan kaedah yang sesuai dengan jenis fabrik permaidani. Kotoran dan kesan membandel dibersihkan tanpa merosakkan tekstur asal.

Bilas Permaidani

Permaidani dibilas dengan teliti untuk memastikan tiada baki bahan pencuci tertinggal. Ini penting untuk keselamatan dan keselesaan penggunaan seharian.

Penghantaran

Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk kemudahan pelanggan, sama ada pengambilan dan penghantaran semula permaidani atau penghantaran hasil kerja siap. Proses ini dilakukan dengan cermat dan tepat waktu.

Penjagaan Pelanggan

Pasukan sokongan kami sentiasa bersedia membantu pelanggan sebelum, semasa dan selepas perkhidmatan. Kepuasan dan keselesaan anda adalah keutamaan kami.

EmpireCuci – Pakar Kebersihan, Untuk Ruang Hidup Yang Lebih Berkualiti.

Hubungi kami hari ini untuk dapatkan sebut harga percuma!